Pencegahan jenayah adalah satu aspek penting dalam memastikan kawasan tempat tinggal sentiasa aman dan selamat.
Walaupun menangani jenayah adalah tanggungjawab pihak berkuasa, orang ramai boleh memainkan peranan penting dalam melindungi diri, keluarga dan masyarakat.Jika anda menyaksikan sebarang kejadian jenayah, anda perlu melaporkannya kepada balai polis yang berhampiran. Laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan senarai nombor-nombor telefon untuk memudahkan anda menghubungi balai-balai polis tempatan dan daerah.
Selain dari itu, anda juga boleh mengingati nombor 999 yang digunapakai dalam semua keadaan kecemasan.
Laman web PDRM juga menyediakan beberapa panduan dan petua berguna untuk mencegah kejadian jenayah. Di antara jenayah-jenayah yang dibincangkan termasuk pecah rumah, curi kereta, keganasan rumahtangga dan ragut.
0 comments:
Post a Comment